qurratuainim
4 tahun
Rasa mual dan sakit bahagian perut
Saya berumur 19 tahun… tarikh akhir period saya pada 20/6 … beberapa hari selepas period,saya berhubungan intim dengan suami saya… tapi dia tak pancut dalam… lepas sahaja berhubungan intim dengan dia,saya merasakan mual dan sakit bahagian perut…adakah saya ada peluang yang tinggi untuk hamil walaupun dia tidak pancut dalam?
4 tahun
Salam sejahtera.
Setiap hubungan kelamin tanpa perlindungan boleh menyebabkan kehamilan. Air mani yang mengandungi sperma boleh keluar sebelum hubungan kelamin itu bermula. Oleh itu, air mani suami anda telah memasuki faraj anda walaupun suami anda belum ejakulasi atau “pancut”. Selain itu, air mani boleh kekal di permukaan kemaluan suami anda walaupun dia telah ejakulasi. Jika dia memasukkan kemaluannya ke dalam faraj anda selepas ejakulasi, air mani yang mengandungi sperma tetap boleh masuk ke dalam rahim anda. Selagi suami anda tidak memakai kondom atau anda tidak menggunakan sebarang pencegahan kehamilan, maka setiap hubungan kelamin yang tidak berpelindungan berupaya menyebabkan kehamilan kepada anda.
Untuk maklumat lanjut anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.