Sulit
3 tahun
Rasa mual dan tidak sedap badan
Saya baru pertama kali ambil pil perancang yasmin. Kenapa saya rasa mual. Meloya? Adakan pil yasmin tidak sesuai dengan saya?
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, pil perancang yasmin ialah pil perancang yang mengandungi hormon dan boleh menyebabkan gejala loya, mual dan tidak sedap badan. Untuk mengurangkan kesan sampingan tersebut, anda disarankan mengambil pil tersebut sebelum tidur atau pergi berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kaedah perancangan keluarga yang lebih sesuai dengan anda.
Untuk maklumat tambahan, rasa loya dan tidak sedap badan juga boleh berlaku jika anda mengalami keracunan makanan, masalah hormon, masalah kencing manis dan masalah lain yang lebih parah seperti barah/ kanser.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat kerana punca kepada masalah rasa mual dan tidak sedap badan merangkumi pelbagai sistem dan organ badan manusia. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor supaya pemeriksaan, diagnosis dan rawatan yang tepat dapat diberikan. Jika perlu, doktor akan merujuk permasalahan ini kepada doktor pakar sakit puan (O&G) atau pakar keluarga (Family Medicine) mengikut punca masalah yang anda hadapi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Anda juga boleh menempah rundingan bersama doktor pakar & hospital pilihan anda di sini. Terima kasih.