
Sulit
3 tahun
Rasa murung yang berpanjangan
Saya gadis yg berusia 19 tahun, sejak setahun yang lalu saya dah rasa murung, ada banyak masalah yang menyebabkan saya selalu rasa kecewa sehinggakan saya rasa penat sangat. Saya selalu buat kesilapan dan walaupun kesilapan tu kecil saya selalu salahkan diri sendiri, tapi saya pelik, kadang kadang saya rasa okey, kadang kadang bila somthing bad berlaku saya akan sedih, bad mood, rasa mals nk buat apa apa, nk tidur je sepanjang hari sampaikan bila nk belajar pun rasa terganggu, tk boleh nak fokus. Keadaan ni selalu akan berlarutan sampai seminggu kadang kadang 2 minggu. Kadang kadang hampir sebln. Tapi dalam masa ni, akn ada perubahan emosi, kejap kejap rasa happy, kejap kejap rasa down, kejap kejap bad mood rasa nk marah kat semua org bila ada yg tak kena walaupun kecil. Kadang kadang saya akan rasa insecure yang tinggi sampai saya rasa down sangat. Saya rasa tak yakin, xde semangat, nk buat keje pun xde mood. Sejak 3 minggu yang lepas, saya dah mula rasa murung yang teruk, lepas saya kecewa dgn satu sebb ni, sejak hari tu saya dah x rasa apa apa dah, selalu berharap kalau saya mati cepat, kadang kadang saya dah tak fikir dah takut tu, saya dah tak kisah dah masuk neraka pun saya dah tak kesah, sbb saya tahu sy ni teruk. Saya banyak sangat kelemahan sampai saya benci kan diri sendiri, saya pernah fikir kenape saya dilahirkan? Doktor, apa masalah saya sebenarnya? Adakah saya okey? Atau ni semua hanya mengada mengada semata mata?

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, anda sedang mengalami gejala kemurungan. Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian. Ia berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa 2 minggu. Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Kemurungan boleh berlangsung sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun.
Antara tanda-tanda dan gejala dari kemurungan adalah seperti berikut:
• Kesedihan atau “kekosongan” perasaan yang berpanjangan
• Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti-aktiviti
lain yang biasanya mendatangkan keseronokan
• Cepat rasa letih dan tidak ber tenaga
• Perasaan pesimistik dan mudah putus asa
• Perasaan bersalah
• Rasa diri tidak berguna
• Gangguan tidur, bangun terlalu awal atau berlebihan tidur
• Hilang selera makan dan penurunan berat badan
• “Rasa lebih baik mati”, kadangkala diser tai dengan percubaan
bunuh diri
• Rasa tidak tenteram dan mudah marah
• Kurang daya tumpuan dan ingatan
• Sukar membuat keputusan
• Simptom fisiologi seper ti sakit kepala, sakit-sakit badan dan
gangguan penghadaman
• Kurang nafsu seksual
• Pergerakan menjadi terhad/ kaku atau menjadi resah gelisah
• Mudah cemas atau fobia
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.