Sulit
2 tahun
Rasa nak buat full checkup atas sampai bawah
Mcm saya dpt appointment dengan doktor pakar psikologi,tapi saya nak fullcheckup dari hujung rambut sampai hujung kaki boleh ke hospital kerajaan? Boleh ke dengan hanya ujian darah tahu saya sedang sakit apa? Mohon pencerahannya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, kami faham bahawa anda ingin menjalani pemeriksaan kesihatan psikologi dan kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, sekiranya anda ingin menjalani pemeriksaan kesihatan, anda boleh memilih sama ada untuk berjumpa dengan doktor umum terlebih dahulu, kemudian anda akan dirujuk kepada doktor pakar bergantung kepada kondisi anda. Atau, anda boleh terus berjumpa dengan pakar psikiatri bagi mendapatkan bantuan dalam menyelesaikan masalah yang anda hadapi.
Pemeriksaan menyeluruh bermula dengan maklumat lanjut tentang gejala yang anda hadapi serta beberapa ujian saringan mungkin diperlukan oleh doktor yang memeriksa anda.
Anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Psikiatri