
Sulit
5 tahun
Rasa ngilu kerap rasa nak kencing
Kenapa saya rasa ngilu dan kerap nak kencing sedangkan tak Ada air kencing pon yang keluar. I menyebabkan rasa ngilu saya jadi xselesa kerap pergi tandas. Apa yang patut saya laku kan bagi hilang rasa ngilu di vagina saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, terdapat beberapa kemungkinan yang menyebabkan masalah yang anda hadapi, antaranya:
- Jangkitan kuman pada saluran kencing
- Jangkitan kelamin
- Radang pelvis
- Radang vagina atau vulva
- Masalah kronik seperti diabetes
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut perlulah didapati sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.