
Sulit
4 tahun
Rasa pedih bila kencing dan sakit dbahagian bawah alat sulit selepas mengambil ubat pelawas kencing
Saya wanita usia 36,saya mengambil suntikan perancang

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, terdapat banyak punca yang boleh menyebabkan rasa pedih ketika membuang air kecil.
Salah satu punca yang kerap mengundang masalah ini adalah jangkitan pada saluran kencing atau urinary tract infection(UTI). Kebiasaanya, penyakit ini terjadi kepada wanita berusia 20 hingga 50 tahun. Kaum wanita juga lebih berisiko untuk mendapat jangkitan ini berbanding lelaki kerana memiliki uretra yang lebih pendek dan kedudukannya lebih dekat dengan kemaluan dan dubur. Jangkitan ini menyebabkan organ pundi kencing membengkak dan menimbulkan rasa tidak selesa atau sakit ketika membuang air kecil.
Antara simptom lain bagi UTI ini adalah:
- Kencing tidak lawas
- Air kencing kotor atau keruh
- Lesu dan keletihan
- Sakit di bahagian bawah abdomen
Namun begitu, penyakit berjangkit melalui hubungan kelamin atau STD juga boleh menyebabkan sakit ketika membuang air kecil dan ketika bersetubuh. Manakala antara sebab lain yang boleh menyebakan sakit ketika membuang air kecil dan melakukan hubungan intim adalah:
- Cyst pada ovari
- Jangkitan bakteria pada vagina
- Batu karang
- Barah pundi kencing
Sehubungan dengan itu, bagi mendapatkan jawapan yang tepat, pemeriksaan lanjut perlu dilakukan segera kerana jika dibiarkan tanpa rawatan, ia akan memudaratkan kesihatan.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.