
Sulit
3 tahun
Rasa pedih kat dada dan cirit birir
Saya wanita berumur 40 tahun.Pagi tadi cirit birit dan berasa pedih pada dada.2 kali cirit birit .Saya juga peminum kopi tegar dan ada kah ini simpton daripada caffein addicted?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kepedihan dada dan cirit birit. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Memakan makanan yang tinggi asidik seperti buah sitrus secara berlebihan
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ubat aspirin atau ubat tekanan darah tinggi
- Merokok
- Berat badan berlebihan
- GERD
- Jangkitan pada usus
- Ulser perut atau usus
- Masalah jantung
Gejala tersebut mungkin berkaitan dengan ketagihan kafein anda tetapi ianya memerlukan maklumat lanjut dan pemeriksaan fizikal. Oleh itu, anda amat disarankan untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat lanjut bagi menjawab kekeliruan serta kerisauan anda.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.