
Sulit
4 tahun
Rasa penat yang datang dan pergi walaupun jantung berdegup normal
doctor, saya negative covid 19 tetapi masa quarantine haritu saya pada hari ke 6 saya kerap rasa penat dan kemudian hilang kemudian datang semula terutamanya semasa malam saya nak tidur tapi jantung saya brdegup normal iaitu pada 75 per minit. kenapa ya doktor ?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu sering berasa penat walaupun jantung berdegup normal. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, degupan jantung anda adalah normal. Ditambah dengan gejala yang anda alami, beberapa faktor mungkin menyebabkan keadaan anda seperti:
- Penyakit tiroid - seperti hipotiroid
- Anemia - kurang sel darah merah akibat kurang zat besi, asid folic serta vitamin
- Kesan kurang berat - ia akan mengganggu kitaran hormon termasuklah insulin (hormon yang mengawal gula)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Kami juga memerlukan maklumat tambahan untuk membuat rumusan. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini