
Sulit
4 tahun
Rasa pening Dan pressure meningkat 165
Umur saya 28 .anda sya punya 1 orang anak… Saya beberapa bulan saya mengalami sakit pada dada… Sering kebas kaki , tangan dan pinggang… Xkisah 2 dua minit i duduk bangun mesti kebas… Sejak beberapa minggun ni saya nya blood pressure 160/ 88 … Sye terasa pening dan rasa nk muntah dengan xde selera makan… Rasa susah nk bernafas macam biasa… Tidur , jalan dan buat kerja po rasa susah bernafas… Keadaan sekarang tidak dapat buat blood test… Harap doktor dapat bantu saya

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Tekanan darah tinggi
- Masalah kencing manis
- Keracunan makanan
Masalah sesak nafas boleh disebabkan oleh:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.