
asmirazainalabidin
2 tahun
Rasa pening yang mengganggu harian
Saya berumur 26 tahun. Saya seeing Rasa sakit kepala Dan jika sakit kepala yang melampau Saya akn muntah sekali. Sy mmg ad migrine. Sejak akhir2 ini jika sy berdiri lama sy akn berasa pening… macam nak pitam… Dan sy akn muntah juga… badan terasa lesu. Sehinggakan bila sy baring pun Rasa macam bergoyang2 kepala sy. Keadaan ini membuatkan sy x selesa bekerja memandangkan sy keje sales selalu dgn event sy melihat sesak2 pun sy pening Dan muntah

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, anda kemungkinan besar mengalami vertigo. Perkara ini boleh berlaku akibat daripada:
- Tekanan darah rendah
- Sel darah merah kurang (anemia)
- Jangkitan telinga
- Migraine akibat tekanan
- Masalah cermin mata
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.