
Anonymous
4 tahun
Rasa pitam waktu pagi
Saya lelaki mempunyai kencing Manis umur 38 tahun

6 tahun
Selamat Sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan oleh anda
Ada banyak istilah yang dilabelkan untuk masalah kesihatan ini. Gelap mata, pitam atau pengsan. Kamus Dewan Edisi Keempat juga mensinonimkan gelap mata dengan pelbagai istilah seperti hilang akal, hilang ingatan, semaput, selap, murca, kelengar, kalap dan sebagainya.
Pada peringkat permulaan, seseorang mungkin rasa pening-pening tanpa disedari tiba-tiba dia jatuh pengsan. Apapun istilah yang dikaitkan dengan keadaan ini ia adalah suatu fenomena biasa.
Walaupun lazimnya ia bukanlah sesuatu yang begitu berbahaya, namun individu yang pengsan terdedah kepada kecederaan. Adakalanya ia juga petanda bahawa seseorang mempunyai masalah sistem kardiovaskular dan tamabahan pula anda mempunyai penyakit diabetes.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih