
Sulit
4 tahun
Rasa sakit dada atas sebelah kiri (atas payudara) ,bahu ,hingga ke belakang
helo doktor… sya berumur 25 tahun … masalah yang sy selalu hadapi ni ialah sy selalu berasa sakit dada kiri sebelah atas payudara hingga ke bahu dan belakang …kadang sakit hingga ke leher belah kiri… apa ka punca sakit ini ? sy juga sering dapat gastrik…adakah sakit dada ini ada kaitan dengan gastrik sya ini atau angin ?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah sakit dada bahagian kiri.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Masalah yang anda perihalkan tersebut boleh dikaitkan dengan beberapa penyakit iaitu:
- Penyakit kegagalan jantung terseumbat ( Congestive Heart Failure )
- Sindrom akut koronari ( Acute coronary syndrome )
- Jantung bengkak
- Keradangan pada jantung yang disebabkan oleh jangkitan kuman atau demam reumatik
- Penyakit hati atau kegagalan hati (badan akan kekuningan)
- Salur darah paru-paru tersumbat ( Pulmonary embolism )
- Penyakit darah tinggi atau kencing manis
- Salur darah kaki tersumbat ( Deep vein thrombosis )
- Penyakit buah pinggang
- Penyakit jantung dari lahir seperti jantung berlubang
Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda dengan kadar yang segera bagi mengenalpasti punca masalah anda dengan lebih tepat dengan menjalani ujian kesihatan selanjutnya agar mendapatkan rawatan yang sewajarnya.
Kami faham disebabkan covid, temujanji anda akan menjadi lambat tetapi hal ini penting untuk melindungi anda.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi