ecitrus8576
6 tahun
Rasa sakit di bahagian dalam tekak..seolah plah ada bendasing yang menyekat. Sukar untuk menelan
Saya perempuan 32 tahun. Beberapa hari lepas saya alami gastrik akibat makan lewat malam dan tak lama selepas tu tidur. Bila bangun pagi perut saya tidak selesa.Dada saya macam terbakar. Rasa pedih di bahagian abdomen saluran makanan. Ini kali kedua terjadi kpd saya dalam tempoh setahun. Boleh kah sakit saya hilang dengan amalkan makan gaviscon?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, penyakit gastrik refluks sememangnya diterukkan lagi dengan makan lewat malam diikuti tidur sejurus selepas itu. Tabiat ini akan menagkibatkan asid badan menghakis saluran esofagus dan boleh menyebabkan luka dan keradangan. Asid perut ini juga kadang-kala boleh masuk ke saluran pernafasan apabila anda tidur dan menyebabkan jangkitan paru-paru. Penggunaan gaviscon adalah untuk mengurangkan simptom gastrik namun sekiranya keadaan semakin teruk, nasihat doktor diperlukan untuk mendapatkan rawatan sewajarnya.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut sekiranya masalah ini berterusan kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.




























