
Anonymous
5 tahun
Rasa sakit di rusuk kiri
Saya gadis berumur 26 tahun, saya kadangkala berasa sakit di bahagian rusuk kiri. Rasa seperti dicucuk. Apabila terasa sakit, saya sukar untuk menarik nafas secara normal dan saya akan bernafas secara pendek dan perlahan. Sakit ini berlarutan selama 30saat kemudian ia akan hilang dengan sendirinya. Tidak kira masa even sedang baring pun sakit ini boleh menyerang… Saya tidak pernah berjumpa dgn doktor kerana sakit ini jarang dan hilang dgn sendiri… Adakah ini jantung? Tapi saya underweightn…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, terdapat banyak kemungkinan punca kepada permasalahan anda, antaranya:
- Kecederaan otot
- Masalah saraf dan sebagainya.
Masalah sakit dada juga boleh disebabkan oleh pelbagai faktor seperti:
- Otot dada kejang
- Radang tulang dada
- Kayap
- Jangkitan paru-paru
- Asid refluks
- Sakit jantung - seperti koronari arteri tersumbat
- Pulmonary embolism - darah pekat tersumbat dalam saluran darah paru-paru
Namun yang demikian, gejala anda tidak menunjukkan tanda-tanda serius. Jika ia masih berlarutan, berpanjangan, bertambah teruk dan disertai leh gejala-gejala lain, maka anda dinasihatkan untuk segera berjumpa doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.