izzisempoi95
6 tahun
Rasa sakit di tulang rusuk
tulang rusuk paling bawah saya sakit
nak bergerak sakit, tarik nafas pun sakit,
malam selepas urut lagi bertambah sakit
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sakit pada tulang rusuk boleh berpunca daripada:
- Kecederaan tulang rusuk
- Radang pada tulang rusuk (“Kostokondritis”)
- Radang pleura (selput paru-paru)
- Fibromyalgia (sakit sendi-sendi dan otot)
- Embolus paru-paru
- Ketumbuhan di pleura/paru-paru
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.






























