Sulit
6 tahun
Rasa sakit ketika kencing
Saya IRA Dari kl.start Bulan 8 sya Rasa sakit ketika kencing.mas 3 minggu sakit baru saya dapt Kan rawatan.doc check air kencing Ada kuman.on antibiotics selama 7 hari.tapi sehingga Hari ni sakit ketika kencing semakin sakit Dan tidak kurang.saya tertekan sangat.semakin Hari kesihatan badan Rasa on off letih.terutama bahgian peha Dan kaki Rasa bisa2.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan Kuman pada Salur kencing
- Batu Karang
- Penyakit Kelamin
- Jangkitan Kuman pada Prostat(lelaki)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.


































