
normawarni
5 tahun
Rasa sakit krem didada kiri
Saya berusia 38thn dan saya pesakit jantung. Beberapa hr lps saya mengalami sakit dada. Rasa sakit seperti tegang dibhgn dada kiri, sukar bernafas dada rasa berat adakah itu serangan jantung

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman pihak anda, sakit dada boleh disebabkan oleh pelbagai punca, antaranya:
- Masalah jantung
- Masalah paru-paru
- Masalah otot, tulang atau saraf pada bahagian dada
- Masalah sistem pencernaan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.