
Sulit
5 tahun
Rasa sakit tulang belakang
Hello dok, saya wanita usia 24tahun dan mempunyai masalah sakit tulang belakang, iaitu skoliosis, adakah pesakit skoliosis mampu hamil normal, dan apakah risiko saat bersalin, adakah bisa bersalin secara normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, penyakit skoliosis mempunyai darjah dan tahap keparahan tertentu daripada yang ringan sehingga yang berat. Justeru, tanpa mengetahui darjah dan keparahan skoliosis anda, kami tidak boleh menentukan risikonya terhadap kehamilan.
Oleh itu, silakan rujuk kembali doktor anda ataupun sekiranya anda mempunyai hasil radiografi atau xray untuk dirujuk sebagai info tambahan, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.