Sulit
4 tahun
Rasa sejuk dan sesak nafas tengah malam
Sy lelaki umur 17 , sy risau tentang masalah kesihatan sy iaitu kadang2 kalau sy lewat tidur sampai tengah malam , tiba2 sy rasa seram sejuk dan sy rasa sejuk di bahagian tekak dan dada sy. Lps tu sy rasa sesak nafas dan mulai menggigil. Tangan dan kaki sy pun rasa kebas dan perasaan sy time tu sy sngt risau dan takut mati. Selain itu , time sy ok suda sikit , kalau sy ingat balik/fikir pasal yg sy rasa tadi , terus sy rasa sesak nafas lagi, dan rasa mcm kena tekan di dada sy serta tangan dan kaki sy kebas semula. Apa masalah ni doktor . Adakah ini sejenis penyakit yg berbahaya ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sesak nafas dan gejala lain yang dihadapi. Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala yang anda alami seperti:
- GERD
- Gangguan perasaan
- Kekurangan darah atau anaemia
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Serangan jantung
- Jangkitan paru-paru
- Penyakit autoimun seperti SLE atau rheumatoid arthritis
- Kondisi psikiatrik seperti kebimbangan yang berlebihan (anxiety disorder) dan kemurungan (depression)
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.




































