
Sulit
4 tahun
Rasa sejuk on off tapi Tak demam
Selamat ptg dktr…saya ada mengalami rasa seram sejuk mcm nak demam tapi bila cek suhu 36.3 mcm tu…Tak demam ,lepas tu saya rasa sakit di bahagian dlm hidung pedih mcm nak selsema mcm tu ,saya ada rasa sakit kepala ,urat ditengkuk juga tegang rasa sakit n Tak selesa…

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah anda perlu diperiksa dengan lebih teliti oleh doktor di klinik berdekatan. Disebabkan saya tidak dapat memeriksa keadaan anda, sukar bagi saya untuk memberikan kesimpulan dalam hal ini.
Namun begitu, secara amnya masalah anda boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Dehidrasi
- Radang resdung
- Migrain
- Jangkitan selaput otak (meningitis)
- Jangkitan tibi
- Jangkitan kuman pada saluran pernafasan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Rasa nak demam? Periksa suhu anda dan dapatkan kelegaan segera.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Demam mungkin berpunca daripada penyakit serius. Dapatkan nasihat Pakar sekarang!