
Sulit
4 tahun
Rasa seolah tidak puas apabila me elan air liur
Saya wanita 20an. Kebelakangan ini, sy be rasa seperti tidak puas apabila menelan air liur, tp tidak merasa sakit. Mengapa ya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu rasa tidak puas apabila menelan air liur ataupun kesukaran untuk menelan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Radang tonsil ( tonsilitis )
- Karang tonsil
- Radang tekak ( laryngitis atau pharyngitis )
- Masalah struktur esofagus
- Refluks asid atau GERD
Untuk mengetahui penyebab sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut serta pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, jika anda mendapati masalah ini semakin berlarutan dan mengganggu aktiviti anda, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Jawapan ini hanyalah keterangan am tentang hal ini.
Dapatkan kelegaan sakit tekak dan lalui hari anda dengan ceria.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Pakar sakit telinga, hidung dan tekak boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.