
Sulit
4 tahun
Rasa seperti ada aliran elektrik
Hi doc, kalau kita duduk bersila lama, kaki mula rasa kebas dan rasa seakan-akan ada aliran elektrik. Tapi, saya tiba-tiba terasa ada aliran elektrik di tengah antara kening. Kenapa ye doc?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah yang anda alami boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Kekurangan vitamin B12
- Kegelisahan
- Multiple sclerosis
- Kayap
- Masalah saraf
- Ketumbuhan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah anda.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.