
Sulit
4 tahun
Rasa seperti ada angin atau air bunyi dalam telinga
Hai
Saya berumur 16 tahun
Saya menguap , selepas itu ,telinga kanan saya rasa meletup dan terdengar bunyi angin atau air yang sangat kuat dalam telinga . Sebelum ini , telinga saya tidak dengar atas sebab taik telinga keras . Apa bila sudah dua minggu , selepas menguap telinga saya bunyi angin dan air . Apakah penyakit yang saya boleh ketahui?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Berkemungkinan gejala yang anda alami adalah tinnitus dimana telinga anda berdengung atau berdesing. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh telinga anda yang tersumbat dengan tahi telinga atau masalah pada tulang telinga.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Maklumat yang diberikan adalah tidak mencukupi untuk saya mengetahui dengan tepat gejala sebenar yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.