
norizzatiisa97
5 tahun
Rasa seperti Ada benda tersekat di bahagian leher ketika hendak telan air liur
Baru- baru ini, Saya ada beli ayam goreng di tepi jalan. Selepas Saya makan, Saya muntah2 bnyak kali. Dan saya expect keracunan makanan, tapi Saya x cirit birit. Saya Ada pergi ke farmasi untuk ambil ubat food poisoning, tapi tidak ke klinik. selepas dari itu, Rasa muntah2 tu dah baik, cuma tekak Saya smpai sekarang Rasa seperti Ada sesuatu yang tersekat. Boleh Saya tahu, kenapa ye doktor ? Ada tak Cara mengubatinya.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sensasi yang anda alami pada tekak anda boleh disebabkan:
- Kecederaan/luka pada tekak akibat muntah - hal ini kerana muntah mengandungi asid perut
- Bengkak nod limfa sekeliling tekak
- Radang tonsil - yang menyebabkan anda berasa muntah
- “Globus pharengeus” - punca yang tidak diketahui namun dikaitkan dengan kekejangan otot tekak
- Bengkak kalenjar tiroid
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.