
Sulit
4 tahun
Rasa Seperti Demam Tetapi Suhu Stabil
Salam, doktor… pada jam 5 pm 17 dis tekak saya terasa perit, pada malamnya saya rasa seperti panas dari dalam badan saya. Saya minta isteri rasa dahi saya tetapi tidak panas langsung. Jumaat 18hb, saya sudah mula batuk tetapi suhu masih lagi stabil. Sabtu masih lagi masalah yang sama, badan terasa demam sakit tekak dan batuk. Cuma pada jam 3 petang saya mula selsema sehingga sekarang jam 10:46pm, air hidung saya menitik-nitik walaupun saya tidak bersin. Suhu masih stabil kerapa pada jam 8 malam tadi saya periksa suhu termometer k3. Mohon mendapat pandangan daripada doktor. Kesimpulan: Rasa seperti demam tetapi suhu stabil, sakit tekak, batuk dan selsema.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Disebabkan saya tidak dapat memeriksa keadaan anda secara fizikal, sukar bagi pihak kami untuk memberikan kesimpulan tentang hal anda. Kemungkinan gejala-gejala yang anda alami adalah disebabkan punca yang sama seperti jangkitan pada tekak ataupun demam biasa.
Namun begitu, anda perlu segera ke klinik jika anda mengalami gejala tambahan seperti:
- Ruam
- Muntah yang berkali-kali
- Sakit waktu kencing
- Kekejangan pada tengkuk
- Sakit kepala yang teruk
- Susah bernafas
- Halusinasi
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Rasa nak demam? Periksa suhu anda dan dapatkan kelegaan segera.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Demam mungkin berpunca daripada penyakit serius. Dapatkan nasihat Pakar sekarang!