Sulit
5 tahun
Rasa Seperti Salah Satu Testis Membesar
Saya mendapati testis sebelah kanan sedikit besar seolah-olah mula membengkak. Walaubagaimanapun saya tidak mengalami atau merasai apa-apa kesakitan. Adakah ianya jangkitan kuman? Perlukah saya ke hospital? atau perlukah saya berjumpa dengan pakar?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Testicular torsion
- Inguinal hernia
- Epididymitis
- Orchitis
- Penyakit bawaan seksual ( Sexually transmitted disease )
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, saya nasihatkan anda untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.



































