Sulit
4 tahun
Rasa sesuatu yang menjengkelkan di kerongkong
Salam doktor, saya berumur 23 thn, saya baru2 ni merasai seperti ada sesuatu di bahagian kerongkong saya dan ia tidak menyakitkan walaupun makan atau minum tetapi rasa agak menjengkelkan. Saya juga ada rasa seperti kerongkong atau saluran bergerak sama ada kiri ke kanan apabila saya menelan tidak kira makanan atau minuman. Adakah ia nya gejala Globus pharyngeus? Saya tidak batuk atau rasa mual atau gatal. Hanya rasa kurang selesa seperti tercekik pil.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kekejangan kerongkong akibat batuk yang berterusan atau jangkitan.
- Bengkak tonsil akibat jangkitan kerongkong.
- Pedih ulu hati (GERD)
- Pembesaran tiroid
- Objek atau makanan yang tidak dapat ditelan dan tertinggal di kerongkong.
- Perasaan gubra atau cemas.
Globus pharyngeus adalah satu gejala yang boleh berlaku dalam punca-punca tersebut.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.