
Sulit
4 tahun
Rasa sukar untuk bernafas ketika duduk
Hi, dalam minggu lepas saya ada selsema (kerana alergi) dan mengambil ubat spray oxynase dah ubat ceritizen. Dan dua tiga hari ini, saya rasa sukar untuk bernafas (menggunakan hidung) ketika saya duduk. waktu berjalan okay je. cuma waktu duduk rasa macam kedua lubang hidung tersumbant. adakah ini serious atau hanyalah side effect dari ubat yang saya ambil? terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sukar bernafas boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit asma
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Anda juga disaran untuk berbincang dengan doktor bagi mengetahui kesan sampingan ubat yang anda ambil.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.