
Sulit
5 tahun
Rasa tajam di dada sblh kiri
Sy mengalami rasa sakit di dada sblh kiri sejak akhir2 ini…rasa tajam & ngilu berterusan selama 15 minit

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit dada sebelah kiri yang anda alami boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Ketegangan atau kekejangan otot dada - akibat senaman, pakaian ketat atau kecederaan
- Radang tulang rusuk - akibat kecederaan atau jangkitan kuman
- Sekiranya ada penyakit kencing manis, obesity atau darah tinggi, maka penyakit jantung (angina) - akibat saluran darah jantung tersumbat
- Bagi wanita - sakit payudara akibat perubahan hormon
- Sekiranya anda kurus atau baru menyelam skuba - sakit paru-paru bocor (pneumothorax)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.