
Sulit
4 tahun
Rasa tak selesa di perut
Saya student umur 20 tahun. saya ada simptom yg kurang selera makan, bila makan. cepat kenyang, selalu loya, kadang2 muntah keluar balik makanan yg dah lama dimakan, perut kembung. Simptom selalu loya ni saya dah lama dah, mcm setahun lebih dah.Yang kurg selera makan, makan sikit terus kenyang.itu simptom baru la juga, mungkin dalam 2 bulan lepas. Berat saya dah turun sebanyak 5 kg. dah la kurus, jadi makin kurus. Doktor rasa apa masalah kesihatan saya ye, adakah gastrik angin atau sakit lain ye. sebab lama sgt saya hidap bnda ni. Dan apa nasihat doktor utk saya. Saya nak naikkan berat badan saya, tp sbbkan benda ni, trus terbantut niat saya. Terima kasih doktor

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Kembung perut terjadi apabila saluran gastrointestinal (GI) diisi dengan udara atau gas. Kebanyakan orang menggambarkan kembung sebagai rasa penuh, ketat, atau bengkak di dalam perut. Perut anda mungkin juga terasa keras, dan menyakitkan. Kembung sering disertai oleh :
- kesakitan
- gas berlebihan (kembung perut)
- kerap sendawa atau belching
Masalah kembung dan kurang selera makan boleh disebabkan:
- Masalah penghadaman seperti "lactose intolerance
- Pengambilan makanan tertentu seperti kekacang dan ubi-ubi
- Radang usus
- hipertiroidisme
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih