
Sulit
3 tahun
Rasa tak selesa selepas cucuk Vaksin
Saya seorg wanita berumur 35 tahun,baru di vaksin second dose dua hari lepas…selepas sehari di vaksin saya demam…dan pada malamnya saya tidur pada jam 12 tgh malam tiba tiba saya terjaga dan mata saya menjadi kelabu tiba tiba dan dada saya berasa panas…bangun pada pagi keesokannya badan saya terasa lemah,rasa terhuyung hayang dan ada rasa nak gelap mata…untuk pengetahuan doc saya ada masalah darah rendah…apa yang perlu saya buat untuk pulihkan kembali.terima kasih doc.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami boleh disebab oleh kesan sampingan selepas vaksinasi, ataupun masalah darah rendah anda.
Kesan sampingan vaksinasi adalah seperti yang berikut:
- Sakit, bengkak di tempat suntikan
- Demam
- Menggigil (rasa sejuk)
- Sakit otot atau sendi
- Sakit kepala
- Kelesuan
- Batuk dan sakit tekak
- Loya dan muntah
Gejala-gejala ini akan menyembuh secara sendiri dalam jangka masa sekurangnya 1 minggu dan tidak menyebabkan sebarang komplikasi. Sejikanya diperlukan, anda boleh ambil ubat yang ditetapkan oleh doktor anda seperti ubat tahan sakit atau ubat tambah darah.
Sekiranya gejala anda jadi semakin teruk atau tidak sembuh, anda perlulah merujuk kepada doktor anda dan menghubungi jabatan berkaitan CPRC dengan talian 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara ini daripada doktor atas talian kami.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini