
amyliashazera3
5 tahun
Rasa tersekat dibahahian kerongkong
sy usia 23thn merasa tidak selesa pada kerongkong sejak seminggu yang lalu. seperti ada benda tersangkut pada kerongkong dan susah untuk menelan

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Asid perut naik semula ke esofagus (gastroesophageal reflux disease)
- Kantung faringeal (zenker diverticulum)
- Kanser esofagus
- Keradangan ataupun jangkitan pada kerngkong ataupun esofagus
- Tertelan bendasing
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.