
Sulit
5 tahun
Rasa tersumbat di saluran tekak
Saya wanita 30an.saya rasa tak selesa dibahagian saluran tekak.apabila saya mnum @ menelan, rasa macam sesuatu yang tersumbat didalam .tambah2 lagi jika menelan air liur.apabila berdehem, saya rasa mcm ada bau busuk.apakah itu, tolonglah saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- radang tonsil
- jangkitan kuman pada tonsil
- bahan asing
- ketumbuhan pada tekak
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.