
oshien1103
5 tahun
Rasa tidak selesa di bahagian bawah perut
Saya wanita berumur 34tahun…saya mengalami sakit bawah perut yang menyebabkan saya rasa tidak selesa. Apabila saya membuang air besar, saya dapati terdapat cairan darah segar bercampur dengan najis saya. Untuk pengetahuan doktor, saya mempunyai kitaran haid yang tidak normal. Mula-mula saya sangkakan saya haid, tetapi rupanya bukan darah haid sebab pad yang saya pakai kosong. Tak ada kesan darah sama sekali. Saya mohon pihak doktor untuk menjelaskan apa sebenarnya yang terjadi pada diri saya. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- buasir
- radang divertikular (Diverticulitis)
- Penyakit radang Usus (Inflammatory bowel disease)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.