
Sulit
5 tahun
Rasa tidak selesa di bahagian dada & perit di tekak.Adakah disebabkan faktor cuaca atau sebab lain?Mohon penverahan dari yang arif
Saya berusia 23 tahun.Sejak kebelakangan ini,saya sering kali berasa agak ketat dibahagian sisi dan tengah dada.Saya.tidak ada demam melainkan rasa perit sedikit di tekak.Adakah ianya disebabkan stress,gastrik atau sebab lain?

5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini.
Untuk makluman anda, sakit tekak boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan termasuklah:
- Jangkitan bakteria atau virus
- dehidrasi
- cuaca panas
- pneumonia
- radang tonsil
- radang pharynx
Kesukaran tidak selesa pada dada pula boleh disebabkan oleh masalah kesihatan berikut:
- pedih ulu hati kerana GERD
- anemia
- asma
- pneumonia
- pneumothorax
Keperluan ujian saringan COVID-19 adalah bergantung pada risiko jangkitan. oleh itu, Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Sekiranya anda berisiko sederhana tinggi atau tinggi, anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19)
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini