Sulit
4 tahun
Rasa tidak selesa di bahagian leher
Hi doktor,
Belakangan ini saya selalu merasakan sesuatu di sekitar leher saya. kadang kadang ianya menegang, kadang kadang rasa seperti dicucuk dan kadang kadang rasa tidak selesa di bawah dagu. Apa nasihat doktor untuk perkara sedemikian?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- radang tonsil
- jangkitan kuman pada tonsil
- ketumbuhan di tekak
- abses/ nanah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih