
Sulit
3 tahun
Rasa tidak selesa di tekak
hi doktor,anak saya berumur 14tahun…dia mengalami rasa tidak selesa di tekak dan sepeti ada benda yang menghalang…sebenarnya dh nk tiga bulan keadaan seperti ini…bila nak makan tak sakit…cuma bila baring dan telan air luir rasa tak selesa…kadang kadang tekaknya rasa keribg dan gatal…saya dh bwk dia jumpa doktor dan doktor berikan ubat cairkan kakhak…tpi xde kesan…,
apa kemungkinan penyakitnya doktor?
dan apa yang saya perlu lakukan?
terima kasih doktor

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anak anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anak anda. Antaranya adalah:
- Radang tonsil ( tonsilitis )
- Karang tonsil
- Radang tekak ( laryngitis atau pharyngitis )
- Masalah struktur esofagus
- Refluks asid atau GERD
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.