Sulit
4 tahun
Rasa tidak selesa pada perut , dada dan sakit belakang
saya remaja perempuan berumur 17 tahun dan sering mengalami gastric namun sejak kebelakangan ini , saya terlalu kerap memgalami perut kembung , sakit yang mencucuk di bahagian perut hingga ke dada setiap kali selepas makan , pada lewat malam dan waktu pagi , saya juga turut mengalami sakit belakang , masalah ini telah bermula sejak bulan 4 , adakah saya menghidapi penyakit yang serius ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah ketidakselesaan pada perut yang anda alami. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Keradangan usus
- Keradangan pelvik
- Kandungan luar rahim
- Batu karang
- Jangkitan kuman pada usus
- Sindrom pra haid (PMS)
Mengenai sakit dada dan sakit belakang yang anda alami, kami memerlukan maklumat tambahan bagi mengenal pasti punca sebenar dan mengetahui sama ada ianya berkaitan antara satu sama lain ataupun tidak.
Untuk mengetahui penyebab sebenar gejala yang anda hadapi, maklumat dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Sekiranya sakit anda masih lagi berlarutan, sila ke klinik atau hospital bagi mengetahui kondisi sebenar dan mendapatkan rawatan lanjut.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih






























