
hairi_fly160
4 tahun
Rawatan Buah Pinggang
Saya berumur 26tahun,baru2 ini saya terasa tidak selesa pada buah pinggang sebelah kiri.
Pada pendpat doktor,apakah rawatan ubat-ubatan untuk seseorang jika mengalami sakit buah pinggang?
Adakah perlu cek ke doktor untuk ultrasound atau ambil darah ?
Bolehkah buah pinggang dilihat dgn mesin ultrasound atau alat lainya? untuk scanning?
sekian terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sebelum anda diperiksa dengan lebih teliti, anda tidak boleh mengambil sebarang ubatan kerana puncanya belum dapat dikesan. Terdapat juga banyak organ di sebelah kiri dan anda tidak tahu adakah sakit ini daripada buah pinggang.
Anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan yang lebih lanjut dan ujian darah juga akan dikenakan. Ultrasound ini boleh mengesan sebarang perubahan di buah pinggang dengan intepretasi seorang doktor.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.