Sulit
6 tahun
Rawatan cleft palate
adakah dengan membuat pembedahan sekali lagi , pertuturan pesakit cleft palate (dewasa) ada harapan untuk menjadi normal ? jika tiada harapan dengan pembedahan itu , apakah ada cara untuk peruturan dia kembali normal ?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Bagi menyelesaikan permasalahan pertuturan bagi pesakit “cleft palate” terdapat dua perkara yang harus dititberatkan iaitu pembedahan dan terapi pertuturan. Bagi pembedahan, ianya perlu dipertimbangkan antara risiko dan keberkesanannya dan perkara ini perlu dibincang bersama antara doktor pakar bedah dan pesakit. Manakala terapi pertuturan pula bertujuan bagi pesakit mengadaptasi teknik dan vokalisasi menggunakan kaedah yang bersesuaian dengan pesakit. Oleh itu, pesakit perlu berbincang bersama doktor bedah kerana pelbagai aspek kesihatan dan rawatan perlu dinilai bagi melihat keberkesanan pembedahan dan terapi kepada pesakit. Sekian.





































