
kingraj
4 tahun
Rawatan kesuburan yang terdapat
Saya nak tanya, kawan saya dah kahwin lama tapi masih belum dikurniakan cahaya mata tapi dia takut untuk jumpa doktor untuk dapatkan rawatan sebab takut kos rawatan yang mahal. tapi setahu saya banyak rawatan yang boleh buat untuk masalah ni kan. boleh tak doktor share rawatan yang boleh kawan saya buat untuk bantu dia dapat cahaya mata.

4 tahun
Terima kasih kerana berhubung dengan DoctorOnCall. kami memahami situasi yang dihadapi kawan anda tentang masalah kehamilan.
Terdapat banyak rawatan yang disediakan untuk membantu pasangan mendapatkan kehamilan.
Rawatan ini juga boleh diklasifikasi mengikut jantina lelaki dan wanita.
Antara rawatan bagi lelaki ialah:
- mengubah carahidup kepada yang lebih sihat
- pengambilan ubat preskripsi doktor untuk menambah bilangan sperma
- pembedahan untuk sesetengah kes bagi melancarkan saluran sperma
Antara rawatan bagi pasangan wanita pula ialah :
- pengambilan ubat kesuburan yang dipreskripsi oleh doktor untuk mendorong ovulasi
- inseminasi intrauterin (IUI) dimana sperma dimasukkan secara terus ke dalam rahim wanita
- pembedahan untuk sesetengah kes seperti fibroid, endometriosis dan lain lain.
Masih tidak terlambat untuk dapatkan rawatan kesuburan daripada pakar kami !
Antara teknik lain yang boleh dilakukan oleh pasangan ialah Assisted Reproductive Technology (ART). Teknik ini memerlukan pengendalian ovum dan sperma pada masa yang sama. * pembiakan in-vitro (IVF). teknik ini memerlukan persenyawaan berlaku di dalam makmal, kemudian embrio yang terjadi di masukkan kedalam rahim. * injeksi sperma kedalam cyplasma (ICSI). sperma yang sihat akan dicucuk terus ke dalam telur untuk persenyawaan berlaku. untuk maklumat lebih lanjut mengenai rawatan kesuburan yang ada, sila klik link (DoctorOnCall) untuk berhubung secara peribadi dengan kami. Terima kasih .