
Anonymous
5 tahun
Rawatan Kudis Buta / Scabies
saya sedang mengalami scabies, dan untuk pengetahuan Dr ia telah merebak hampir satu badan saya. Dan yg paling kritikal di bahagian alat sulit. saya ingin menanyakan kepada dr, apa langsung dipakai Losyen Benzyl benzoate di bahagian alat sulit akan memberi kesan perit. kerna saya rasa sangat perit bila sapu losyen itu. apa dr punya cadangan lain?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, bagi menangani penyakit ‘scabies’ ini krim sapuan akan diberikan oleh doktor anda. Sekiranya anda berasa pedih ketika menyapu krim/losyen tersebut, anda boleh berjumpa dengan doktor anda untuk menukar krim/losyen yang lebih bersesuaian dengan keadaan kulit anda. Antara ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat kondisi ini adalah seperti permethrin, krim malathion dan ubat ivermectin. Anda boleh berbincang dengan doktor untuk menambah krim atau ubat tahan sakit sekiranya ubat/krim rawatan ‘scabies’ yang lain masih memedihkan.