
Sulit
4 tahun
Rawatan lasik mata boleh dilakukan berapa kali
Selepas membuat bacaan, saya dapati jika membuat rawatan lasik mata, tendency utk kembali rabun itu akan ada.
Persoalan saya, katakan pada usia yg awal lakukan rawatan lasik, dan kemudian setelah bertahun tahun masalah rabun kembali, boleh kah membuat rawatan itu sekali lagi, atau ia rawatan sekali sahaja seumur hidup?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk maklumat anda, rawatan LASIK boleh dibuat buat kali kedua sekiranya masalah rabun masih ada setelah rawatan tersebut dilakukan. Sekiranya rawatan LASIK pertama berjaya dan tiada masalah, kebanyakan doktor mata tidak akan melakukan prosedur LASIK untuk kali kedua, melainkan ia melebihi jangka masa 5-10 tahun ke atas sekiranya perlu.
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut mengenai prosedur ini, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor pakar kami. Terima kasih.