
Sulit
5 tahun
Rawatan masalah Mati Pucuk
Saya lelaki berusi 31. Mengalami masalah seperti mati pucuk, zakar tidak boleh mengeras / hanya keras utk seketika.
Bolehkah rawatan seperti Vacum Zakar dapat mengembalikan semula zakar saya seperti sedia kala? Apakah cdangn doktor untk masalah seperti saya ini?
Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala mati pucuk ini boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Masalah psikologi
- Kecederaan zakar
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
- Penyakit jantung, Diabetes, Obesiti, Kolesterol tinggi, Darah tinggi
Rawatan vakum zakar adalah bertujuan untuk rawatan sementara yang jika dibuat dengan tidak betul boleh menyebabkan zakar langsung tidak boleh menegang. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.