Sulit
6 tahun
Rawatan mengenai penyakit tulang belakang
Hello doktor,saya seorang remaja berusia 17 tahun. Saya sering mengalami sakit di bahagian belakang tengkuk dan tulang belakang kiri. Apabila saya duduk,saya akan merasa cepat lenguh dan tulang belakang akan menjadi lebih sakit dan setiap kali saya menggerakkkan leher saya leher saya akan mula berbunyi letupan kecil di dalam walaupun saya tidak melakukan pergerakan yang terlalu banyak. Rakan saya mencadangkan kepada saya untuk segera berjumpa dengan doktor. Tetapi ibu saya menyatakan bahawa penyakit ini akan hilang bila bila masa sahaja dan saya mendapat penyakit ini hanya kerana mengangkat barangan yang berat. Apakah pendapat doktor? Patutkah saya menerima rawatan segera daripada doktor berdekatan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Otot atau ligamen belakang terseliuh atau tercedera
- Slipped disc : cakera antara tulang belakang terhimpit dan terkeluar dari landasan tulang belakang. Kesakitan biasanya disebabkan oleh saraf yang terhimpit disebabkan keadaan ini
- Scoliosis : Tulang belakang bengkok akibat postur yang tidak betul terutamanya ketika mengangkat barang berat
- Radang sendi seperti arthritis, namun ini biasa berlaku kepada mereka yang telah berumur dan adalah jarang sekali pada mereka yang masih muda
Sekiranya anda telah mengalami masalah ini melebihi 3 bulan, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.






























