
Sulit
4 tahun
Rawatan resdung semasa hamil
Bagaimanakah cara rawatan resdung utk ibu hamil? Sudah beberapa hari sy tiada deria bau danhidung tersumbat. Adakah dengan ubat atau sy harus menjalankan rawatan di hospital. Terima kasih doctor.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah resdung dan hidung tersumbat yang anda alami kebelakangan ini sewaktu kehamilan.
Selalunya, resdung ini boleh menandakan jangkitan kuman atau bakteria yang terdapat pada kawasan hidung atau sinus yang tengah mengalami keradangan. Oleh itu, kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda bagi memastikan jika terdapat sebarang jangkitan kuman yang tidak diinginkan dan mendapat rawatan yang sesuai.
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.