
iziegirlz97
5 tahun
Rawatan setelah dry socket
Saya gadis berusia 22 tahun… Saya baru sahaja membuat rawatan untuk dry socket… Dr meletakkan gauze dekat cabutan saya dan tidak memberi gauze lagi kepada saya… Adakah ini bermakna saya tidak perlu lagi meletakkan gauze selepas membuang gauze yg ada ni?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, tujuan meletakkan gauze adalah untuk menghentikan perdarahan. Sekiranya perdarahan telah berhenti anda tidak perlu lagi gauze. Namun andai belum berhenti anda mungkin perlu mendapatkan gauze baru.
Untuk info tambahan, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.