
Sulit
4 tahun
Rawatan untuk batu di hempedu
Ayah saya disahkan mempunyai batu di hempedu beberapa tahun lalu tetapi tidak mempunyai apa-apa simptom.Tetapi kebelakangan ini,simptom-simptom berkaitan batu di hempedu kerap menyerang dan seminggu ini ayah saya tidak boleh tidur kerana menahan kesakitan. Temujanji seterusnya di hospital adalah lagi 4 bulan. Ayah saya ada mengambil ubat tiroksin dan ubat kolestrol.Soalan saya adakah ayah saya dibenarkan/digalakkan mengambil ubat Ursodeoxycholic Acid untuk mengurangkan kesakitan di hempedu? Adakah ia akan bertindak balas dengan ubat tiroksin & ubat kolestrol?

4 tahun
Terima kasih atas soalan berikut,
Untuk pengetahuan anda, pengambilan L-tiroksin yang disarankan untuk pesakit tiroid tidak mempunyai apa apa tindakbalas bahaya jika diambil dengan ursodeoxyxholic acid.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Selain itu, sekiranya mahu maklumat lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.