Sulit
5 tahun
Rawatan untuk kulit berparut lebih 10 tahun
Salam sejahtera, saya ada masalah kulit berparut akibat dari terkena air panas semasa berusia 3 tahun. Sehingga sekarang masih belum hilang parutnya. Bolehkah sarankan krim yang sesuai untuk memudarkan parut yang melebihi 10 tahun ni?
Terima kasih Dr.
5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Walaubagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Untuk makluman anda, parut adalah merupakan pembentukan proses penyembuhan selepas kecederaan. Mengikut teori, parut tidak akan hilang sepenuhnya. Tetapi terdapat beberapa kaedah yang dapat membantu mengurangkan saiznya dan mengubah penampilannya. Antara jenis parut adalah seperti berikut:
- Parut keloid biasanya parut ini tumbuh sangat besar setelah luka
- Parut kontraktur biasanya adalah parut yang terkait dengan kebakaran samaada terbakar api mahupun kimia
- Parut hipertrofi yaitu parut yang mirip keloid tapi lebih kecil
- Parut jerawat
- Parut lobang biasanya tergantung kedalaman
Secara umumnya, perawatan parut terdiri dari rawatan topikal (i.e. krim, gel, dll), pembedahan dan juga suntikan. Bagaimanapun, penentuan rawatan ini perlu mendapat rujukan doktor yang lebih pakar.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.


































