
Anonymous
2 tahun
Rawatan utk papillary tyhroid carcinoma?
Selain daripada membuat pembedahan apakah rawatan lain bg mghidap papillary thyroid carcinoma?
Kesan selepas pembedahan adakah berisiko utk kehilangan suara jika kedua2 kelenjar tiroid dibuang?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, rawatan bagi papillary thyroid carcinoma perlu dilihat pada tahap keberapa kanser tersebut, saiznya dan kesan pada hormon juga. Pembedahan adalah salah satu kaedah rawatan kerana keberkesanannya dalam menghalang sel kanser dari datang kembali. Kaedah rawatan yang lain ialah radiasi, kimoterapi dan rawatan hormon. Pembedahan tiroid ini boleh menyebabkan kesan seperti kecederaan pada saraf vagus, kecederaan peti suara, kecederaan pada kalenjar para-tiroid dan pendarahan berlebihan. Risiko pembedahan dan kebaikannya perlu dipertimbangkan dan dibincangkan bersama antara pesakit dan doktor bedah. Sekiranya anda mempunyai soalan secara privasi, anda boleh bertanyakan pada link ini (DoctorOnCall) untuk mendapatkan nasihat secara privasi. Sekian.